SELAMAT DATANG

Kami mengalu alukan pandangan dan teguran semua pihak bagi mempastikan premis yang di sediakan memenuhi citarasa dan relevan dengan perkembangan semasa

Premis Komersial

Premis Komersial

Wednesday, January 6, 2010

Master Tenant ? Siapa Untung?



Bangunan yang indah tersergam seperti ini memerlukan pengurus yang berpengalaman bagi membolehkan ianya menjadi tarikan. Pelbagai faktor perlu di ambil kira mengapa sesuatu premis itu dikunjungi orang ramai berpusu pusu.
Design bangunan sendiri memainkan faktor yang tidak boleh dipandang kecil. Bangunan yang "tertutup" iaitu bangunan yang luarannya dipenuhi tembok tidak sesuai sebagai pusat komersial. Hnaya sesuai untuk pejabat.!
Citarasa pelanggan berubah dan design premis perlu berubah mengikut trend semasa. Secara keseluruhannya, pelanggan perlukan premis perniagaan yang warnanya mengancam, boleh di lihat dari luar "content" premis, mempunyai signage yang tidk memeningkan, mempunyai parkir secukupnya, kepelbagaian "product mix" ,infrastruktur seperti lif,escalator, terdapat food court, tandas yang bersih dan sebagainya.
Persoalannya, adakah segala kemudahan tersebut diberikan percuma ? Disini terdapat pertembungan diantara keperluan mengurangkan kos pada masa yang sama tanggungan yang semakin banyak.
Pengurus Bangunan terpaksa melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk perkara ini dan secara otomatis kadar sewa meningkat manakala penyewa terpaksa mengagihkan tambahan kos kepada pelanggan.
Pada masa yang sama, kesepakatan penyewa membuka dan menutup kedai juga akan menjadi faktor penarik kepada pelanggan. Dalam apa keadaan sekalipun kedai perlu dibuka pada masa yang ditetapkan. Sekiranya ada segelintir kedai yang buka/tutup mengikut suka sendiri akan memberi kesan negatif kepada keseluruhan prermis.
Promosi berkala dan bertema harus dijalankan oleh Pengrus Bangunan untu menarik pelanggan. Setiap unit kedai perlu memainkan peranan sendiri dengan mengadakan promosi unit masing masing.
Banyak lagi yang perlu diambil kira...pandangan anda?

No comments:

Post a Comment