SELAMAT DATANG

Kami mengalu alukan pandangan dan teguran semua pihak bagi mempastikan premis yang di sediakan memenuhi citarasa dan relevan dengan perkembangan semasa

Premis Komersial

Premis Komersial

Sunday, July 11, 2010

Rumah Kedai Banting Business Centre

Berminat membuka Gymnasium,Pusat Reflexology atau Kelas Tutisyen? Kami mempunyai 2 unit untuk di sewakan.
Hubungi 03 31873158 (En.Rosdi) untuk keterangan lanjut.
SEGERA !

Thursday, June 24, 2010

2 LOT KEDAI DI DATARAN MALAWATI KUALA SELANGOR

Anda ada modal dan telah dapat bisness yang akan melipat gandakan pendapatan tuan tapi tiada kedai ?
Peluang terbaik anda telah tiba . Sila hubungi 03 32690228 -Bro Hadi sekarang juga! Harga boleh runding. Sesuai untuk Bistro, restoran, fast food outlet,kedai letrik dan peruncitan.

Jangan sampai kempunan....

Wednesday, May 12, 2010

PLAZA SABAK BERNAM


Adakah anda seorang usahawan dalam ertikata sebenarnya? Sekiranya anda ada pengalaman, mempunya visi untuk mengendalikan foodcourt santai tetapi belum menjumpai tempat sesuai, hubungi kami sekarang juga !
Call 032242990 Bro Fadil Nor


Tuesday, January 19, 2010

Permohonan Premis MARA Online


Berita gembira untuk usahawan usahawan- MARA akan membuka permohonan menyewa premis secara online dalam tempoh terdekat. Ini bermakna orang ramai tidak perlu lagi download borang atau pergi ke Pejabat MARA untuk mendapatkan borang permohonan.

Aplikasi yang berdasarkan web-based ini lebih praktikal dan membolehkan usahawan mengenalpasti premis kosong diseluruh negara dan seterusnya membuat permohonan. Usahawan juga boleh mengetahui status permohonan mereka samada layak ditemuduga atau sebaliknya.

Sistem aplikasi yang dibangunkan sepenuhnya oleh Bahagian MIS MARA ini dalam peringkat ujian dan dijangka boleh digunakan tidak lama lagi.

Monday, January 18, 2010

BAZAR SERENDAH FACELIFT



Kerja peningkatan imej Bazar Serendah sedang rancak di jalankan bagi memberi impak baru kepada premis yang telah agak lama ini.

Dengan peningkatan imej ini diharap dapat memberi suntikan baru kepada penyewa penyewa untuk lebih kreatif menjalankan promosi bagi menarik pelanggan.

Wednesday, January 13, 2010

1 unit kedai di Seksyen 7 Shah Alam Utk Di Sewa



Unit atas seluas 25' x 80' untuk di sewa. Sekiranya terlalu luas boleh di bahagi kepada 2 atau 3 lot. Kadar sewa boleh di runding. Jika berminat sila hubungi 03-5519 4033 /5519 4432 / 5519 4251

Wednesday, January 6, 2010

Master Tenant ? Siapa Untung?



Bangunan yang indah tersergam seperti ini memerlukan pengurus yang berpengalaman bagi membolehkan ianya menjadi tarikan. Pelbagai faktor perlu di ambil kira mengapa sesuatu premis itu dikunjungi orang ramai berpusu pusu.
Design bangunan sendiri memainkan faktor yang tidak boleh dipandang kecil. Bangunan yang "tertutup" iaitu bangunan yang luarannya dipenuhi tembok tidak sesuai sebagai pusat komersial. Hnaya sesuai untuk pejabat.!
Citarasa pelanggan berubah dan design premis perlu berubah mengikut trend semasa. Secara keseluruhannya, pelanggan perlukan premis perniagaan yang warnanya mengancam, boleh di lihat dari luar "content" premis, mempunyai signage yang tidk memeningkan, mempunyai parkir secukupnya, kepelbagaian "product mix" ,infrastruktur seperti lif,escalator, terdapat food court, tandas yang bersih dan sebagainya.
Persoalannya, adakah segala kemudahan tersebut diberikan percuma ? Disini terdapat pertembungan diantara keperluan mengurangkan kos pada masa yang sama tanggungan yang semakin banyak.
Pengurus Bangunan terpaksa melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk perkara ini dan secara otomatis kadar sewa meningkat manakala penyewa terpaksa mengagihkan tambahan kos kepada pelanggan.
Pada masa yang sama, kesepakatan penyewa membuka dan menutup kedai juga akan menjadi faktor penarik kepada pelanggan. Dalam apa keadaan sekalipun kedai perlu dibuka pada masa yang ditetapkan. Sekiranya ada segelintir kedai yang buka/tutup mengikut suka sendiri akan memberi kesan negatif kepada keseluruhan prermis.
Promosi berkala dan bertema harus dijalankan oleh Pengrus Bangunan untu menarik pelanggan. Setiap unit kedai perlu memainkan peranan sendiri dengan mengadakan promosi unit masing masing.
Banyak lagi yang perlu diambil kira...pandangan anda?