Usahawan yang berminat boleh mendapatkan diskaun menarik dan tempoh bernafas yang berpatutan.Sesuai bagi pusat Tuisyen, Pasaraya,Pusat Latihan atau Hotel Bajet.Jika anda mempunyai cadangan sila berhubung dengan kami. Kadar sewa boleh di runding.
SELAMAT DATANG
Kami mengalu alukan pandangan dan teguran semua pihak bagi mempastikan premis yang di sediakan memenuhi citarasa dan relevan dengan perkembangan semasa
Premis Komersial
Tuesday, January 19, 2010
Permohonan Premis MARA Online
Berita gembira untuk usahawan usahawan- MARA akan membuka permohonan menyewa premis secara online dalam tempoh terdekat. Ini bermakna orang ramai tidak perlu lagi download borang atau pergi ke Pejabat MARA untuk mendapatkan borang permohonan.
Aplikasi yang berdasarkan web-based ini lebih praktikal dan membolehkan usahawan mengenalpasti premis kosong diseluruh negara dan seterusnya membuat permohonan. Usahawan juga boleh mengetahui status permohonan mereka samada layak ditemuduga atau sebaliknya.
Sistem aplikasi yang dibangunkan sepenuhnya oleh Bahagian MIS MARA ini dalam peringkat ujian dan dijangka boleh digunakan tidak lama lagi.
Monday, January 18, 2010
BAZAR SERENDAH FACELIFT
Wednesday, January 13, 2010
1 unit kedai di Seksyen 7 Shah Alam Utk Di Sewa
Wednesday, January 6, 2010
Master Tenant ? Siapa Untung?
Bangunan yang indah tersergam seperti ini memerlukan pengurus yang berpengalaman bagi membolehkan ianya menjadi tarikan. Pelbagai faktor perlu di ambil kira mengapa sesuatu premis itu dikunjungi orang ramai berpusu pusu.
Design bangunan sendiri memainkan faktor yang tidak boleh dipandang kecil. Bangunan yang "tertutup" iaitu bangunan yang luarannya dipenuhi tembok tidak sesuai sebagai pusat komersial. Hnaya sesuai untuk pejabat.!
Citarasa pelanggan berubah dan design premis perlu berubah mengikut trend semasa. Secara keseluruhannya, pelanggan perlukan premis perniagaan yang warnanya mengancam, boleh di lihat dari luar "content" premis, mempunyai signage yang tidk memeningkan, mempunyai parkir secukupnya, kepelbagaian "product mix" ,infrastruktur seperti lif,escalator, terdapat food court, tandas yang bersih dan sebagainya.
Persoalannya, adakah segala kemudahan tersebut diberikan percuma ? Disini terdapat pertembungan diantara keperluan mengurangkan kos pada masa yang sama tanggungan yang semakin banyak.
Pengurus Bangunan terpaksa melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk perkara ini dan secara otomatis kadar sewa meningkat manakala penyewa terpaksa mengagihkan tambahan kos kepada pelanggan.
Pada masa yang sama, kesepakatan penyewa membuka dan menutup kedai juga akan menjadi faktor penarik kepada pelanggan. Dalam apa keadaan sekalipun kedai perlu dibuka pada masa yang ditetapkan. Sekiranya ada segelintir kedai yang buka/tutup mengikut suka sendiri akan memberi kesan negatif kepada keseluruhan prermis.
Promosi berkala dan bertema harus dijalankan oleh Pengrus Bangunan untu menarik pelanggan. Setiap unit kedai perlu memainkan peranan sendiri dengan mengadakan promosi unit masing masing.
Banyak lagi yang perlu diambil kira...pandangan anda?
PREMIS KOMERSIAL DI PUTRA HEIGHT
Sejak pembukaan laluan masuk dari Elite ke Putra Height, jumlah lalulintas ke Putra Height bertambah sekali ganda. Kehadiran Tesco di Putra Jaya sendiri telah melonjakkan pasaran hartanah.
Mengikut penilaian pemerhati, Putra Height akan menjadi sebuah lagi kawasan elit di Subang Jaya. Kemudahan infrastruktur yang menghubungkan Putra Height dengan Shah Alam, Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang, Putra Jaya, Cyber Jaya , KLIA dan Lebuhraya PLUS pastinya menjadi faktor utama pemaju tidak akan teragak agak melabur hartanah di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)